Shenzhen jadi bandar pertama di China larang makan daging kucing dan anjing

China memang diketahui sering menjadikan beberapa haiwan eksotik sebagai hidangan mereka, mungkin kerana kepercayaan bahawa sesetengah pengambilan daging haiwan ini mampu memberikan khasiat dalam kesihatan diri atau budaya tempatan yang sudah sebati dengan masyarakat mereka.

Tidak hairanlah, wujudnya pasar yang menjual haiwan-haiwan eksotik ini di China, yang pada penhujung tahun lalu dipercayai menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19. Penularan virus ini kini telah menjadi ancaman dunia dan meragut hampir 90,000 ribu nyawa.

Berikutan itu, bandar Shenzhen di China telah merancang untuk melarang pengambilan daging kucing dan anjing. Ini menjadikan bandar tersebut sebagai bandar pertama di negara China yang akan melaksanakan perintah larangan tersebut.

Kerajaan China telah memperuntukkan undang-undang baharu yang akan mula berkuatkuasa secara efektif pada 1 Mei, di mana haiwan peliharaan adalah dilarang untuk dimakan.

Selain daging kucing dan anjing, beberapa daging haiwan lain turut dilarang pengambilannya sebagai hidangan makanan. Shenzhen telah melarang haiwan liar yang dilindungi dan haiwan daratan yang diambil dari liar, begitu juga dengan haiwan yang dibiak secara ternakan dan haiwan ternakan liar.

Penduduk tempatan di bandar Shenzhen melakukan demonstrasi membantah larangan pengambilan daging anjing dan kucing sebagai makanan

Berdasarkan undang-undang yang diusulkan juga, hanya mengizinkan sebilangan daging sahaja untuk dimakan termasuk babi, lembu, biri-biri, keldai, arnab, ayam, itik, angsa, burung merpati dan burung puyuh serta haiwan akuatik yang tidak dilarang oleh undang-undang atau peraturan lain.

Penyelidik akademik China, Peter Li menyambut baik langkah yang diambil oleh Shenzhen dan memberi pandangan bahawa langkah tersebut akan memberi pengaruh yang positif. “Meskipun perniagaan di Shenzhen adalah kecil berbanding di bandar-bandar lain, tetapi Shenzhen dianggap sebagai bandar besar bahkan lebih dari Wuhan. Langkah ini bakal menjadi signifikan dan memicu efek domino untuk disertai oleh bandar-bandar lain di China.”

Penularan koronavirus dikatakan bermula dari pasar hidupan liar di salah satu bandar di Wuhan, China. Jangkitan awal koronavirus terjadi kepada beberapa individu yang balik dari pasar hidupan liar di Wuhan.

Walaupun China pernah melarang sebarang bentuk perdagangan membabitkan hidupan liar, tetapi hidupan liar ini masih dihidangkan sebagai makanan sehingga hari ini di sesetengah kawasan di China. Semoga, undang-undang baharu ini akan dilaksanakan secara efisien dan mempengaruhi rakyat China ke arah positif. Kita tidak mahu dunia bakal melihat sejarah pandemik virus seperti ini berulang kembali.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *