Koronavirus: Angka korban di China meningkat 910 orang

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 91 Views

Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 910 orang setakat ini dengan 97 kematian baharu dilaporkan, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) hari ini.

Ia satu rekod kematian yang paling tinggi sejak wabak koronavirus itu pertama kali dikesan pada Disember, tahun lalu.

Di seluruh China, terdapat 3,062 jangkitan baharu yang disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini mencecah 40,171.

Sejumlah 3,281 pesakit yang dijangkiti virus itu dibenarkan keluar dari hospital selepas pulih sepenuhnya, kata pihak berkuasa kesihatan China.

Kapal Pesiar, Diamond Princess di Pelabuhan Yokohama, Jepun.
Kapal Pesiar, Diamond Princess di Pelabuhan Yokohama, Jepun.

Tambahan 65 kes baru koronavirus di luar China pula telah disahkan di atas sebuah kapal pesiar, “Diamond Princess” yang berlabuh di pelabuhan Yokohama, Jepun.

Sekurang-kurangnya 3,700 orang, termasuk 2,600 penumpang dan lebih 1,000 ahli krew dikuarantinkan di atas kapal tersebut.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *