Di sebalik COVID-19, WHO beri amaran kematian malaria boleh berganda

  • By Wendy. V
  • April 24, 2020
  • 0
  • 135 Views

Pandemik COVID-19 kini memasuki bulan yang kelima sejak ia kali pertama merebak dari pasar basah Wuhan yang dipercayai menjadi ‘epicenter’ kepada penularan virus tersebut. Sehingga setakat ini, wabak ini telah menjangkiti hampir 2.7 juta penduduk dunia dan kes kematian yang dilaporkan pula sebanyak 188,437 orang.

Krisis pandemik menjadi isu hangat dan terus ditayangkan di televisyen melalui media khas setiap hari. Namun begitu, terdapat aspek kesihatan lain yang kemungkinan bakal menyumbang kepada peningkatan kematian di bahagian lain dunia ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini memberikan amaran bahawa kadar kematian malaria berisiko naik berlipat kali ganda jika tiada tindakan segera dilakukan. Ini disebabkan oleh gangguan akses agihan kelambu serta ubatan anti-malaria di subsahara Afrika susulan penularan wabak COVID-19.

Justeru itu, Badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu meminta agar negara-negara di subsahara Afrika, yang merekodkan hampir 95 peratus kes dan kematian malaria di dunia, untuk menyegerakan pengagihan alat pencegahan dan rawatan malaria itu sekarang, sebelum wabak menular dengan lebih parah.

“Gangguan terhadap kempen rawatan kelambu yang menggunakan racun serangga dan akses kepada ubat anti-malaria boleh mengakibatkan jumlah kematian berlipat kali ganda akibat malaria di subSahara Afrika tahun ini, berbanding 2018,” menurut WHO, merujuk model analisis baru mereka.

Analisis itu, katanya, mempertimbang sembilan senario gangguan untuk sebarang kemungkinan akan wujud terhadap akses alat kawalan malaria ketika wabak COVID-19 menular di 41 negara, dengan akibatnya kemungkinan peningkatan kes dan kematian.

Dalam situasi terburuk, semua kempen untuk mengagihkan kelambu itu tertangguh dan terdapat penurunan kira-kira 75 peratus dalam akses bagi keberkesanan ubat anti-malaria.

Perkiraan jumlah kematian akibat malaria di subSahara Afrika pada 2020 akan mencapai 769,000.

Itu adalah dua kali ganda jumlah kematian yang dilaporkan di rantau tersebut pada 2018, yang mana peningkatan tersebut bermaksud mengembalikan semula tahap kematian akibat malaria yang tidak sudah dilihat sejak dua dekad lalu.

Kenaikan itu akan membawa kesan sangat buruk terhadap anak-anak kecil, dengan mereka yang berusia di bawah lima tahun menyumbang lebih dari dua pertiga kes kematian akibat malaria pada 2018.

Setakat ini, negara-negara di subsahara Afrika hanya melaporkan kes yang agak sedikit dalam wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, sistem kesihatan yang agak lemah di kawasan tersebut berisiko bakal menjadi serius sekiranya kes meningkat, di mana kes itu semakin menunjukkan peningkatan.

Ini bererti negara-negara di rantau itu mempunyai peluang yang sangat kritikal untuk meminimumkan gangguan dalam pencegahan dan rawatan malaria pada tahap penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *