Prihatin terhadap risiko gorila terdedah koronavirus, taman nasional ditutup

  • By Wendy. V
  • March 24, 2020
  • 0
  • 146 Views

Ketika koronavirus menjangkiti lebih ramai orang di seluruh dunia, conservationists memberi amaran tentang risiko kepada spesis lain yang terdedah iaitu gorila gunung yang terancam di Afrika.

Taman Nasional Virunga, Congo, kira-kira sepertiga dari gorila gunung dunia tidak membenarkan pelawat memasuki taman itu sehingga 1 Jun dengan memetik nasihat dari pakar saintifik bahawa primates termasuk gorila gunung mungkin terdedah kepada komplikasi yang timbul daripada virus COVID-19.

Taman Negara Virunga

Negara jiran, Rwanda juga menutup aktiviti pelancongan dan penyelidikan buat sementara waktu di tiga taman negara yang menjadi habitat primates seperti gorila dan cimpanzi.

Gorila gunung mungkin terdedah kepada beberapa penyakit pernafasan yang menimpa manusia. Selsema biasa boleh membunuh seekor gorila. Menurut World Wide Fund for Nature, ia juga merupakan salah satu sebab mengapa pelancong tidak melihat gorila dengan terlalu dekat.

Gorilla gunung di Taman Nasional di Congo

Sekitar 1,000 gorila gunung tinggal di kawasan perlindungan di Congo, Uganda dan Rwanda yang mana pelancongan merupakan sumber pendapatan yang penting. Tetapi, COVID-19 telah membawa kepada langkah-langkah yang ketat.

Keputusan Taman Nasional Virunga telah disambut baik oleh para conservationists di rantau itu. Ketua Eksekutif kumpulan pemuliharaan berasaskan Kenya WildlifeDirect, Paula Kahumbu, memberitahu The Associated Press bahawa setiap upaya yang mungkin perlu dibuat untuk melindungi gorila gunung kerana ada sedikit yang tersisa di alam liar.

“Kami tahu bahawa gorila sangat sensitif terhadap penyakit manusia. Jika ada yang mempunyai selsema, mereka tidak boleh masuk dan melihat gorila.

“Dengan koronavirus yang mempunyai masa yang lama untuk menunjukkan simptom dalam sesebuah kes, ini bermakna kita sebenarnya boleh meletakkan gorila-gorila tersebut dalam keadaan yang berisiko,” katanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *