Pandemik COVID-19 sebabkan 195 juta hilang pekerjaan di seluruh dunia

Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap kehidupan masyarakat dunia ketika ini. Hampir seluruh negara terjejas berikutan ancaman virus ini, yang memaksa negara dengan kes terjangkiti koronavirus untuk melakukan perintah berkurung ‘lockdown’ dan sekatan pergerakan.

Sekatan ini menyebabkan sebilangan besar masyarakat dilarang bekerja dan terus menetap di rumah sehinggalah negara mampu mengekang sepenuhnya krisis COVID-19. Menurut laporan Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), lebih daripada 2.5 bilion pekerja atau kira-kira 81% daripada tenaga kerja dunia terjejas akibat langkah kawalan pergerakan sama ada penuh atau separa.

Pekerja asing warga Indonesia yang bekerja di Malaysia balik ke kampung sepanjang tempoh PKP

Gangguan terhadap ekonomi dunia ini juga dijangkakan akan menyingkirkan 6.7% jam bekerja dalam suku kedua tahun ini, yang bersamaan dengan 195 juta orang hilang pekerjaan mereka di seluruh dunia.

Tenaga kerja di sektor tidak formal yang dianggarkan sebanyak 61% tenaga kerja dunia atau 2 bilion orang, akan terpaksa memerlukan sokongan pendapatan untuk terus bertahan dan menyara keluarga mereka jika pekerjaan mereka lenyap.

Menurut Pengarah ILO, Briton Guy Ryder berkata bahawa mereka ini adalah orang-orang yang tidak mempunyai akses kepada perlindungan sosial yang normal yang mungkin mempunyai status pekerjaan rasmi.

“Sekiranya anda menyuruh orang untuk berhenti bekerja, balik rumah dan duduk di rumah tetapi tanpa mereka ada sumber pendapatan lain, maka pilihan itu boleh menjadi antara melindungi diri daripada virus, dan tanpa ada cara untuk kelansungan hidup, serta untuk memberi makan kepada diri sendiri… dan ini adalah dilema yang mustahil,” katanya lagi.

Diberi contoh seperti perintah berkurung di India yang meletakkan berjuta-juta pekerja migran dalam kesukaran dan serba kekurangan. Malahan di Malaysia juga, turut menjejaskan para pekerja asing, pelarian dan pencari suaka yang mencari rezeki di negara ini. Kebanyakan mereka kehilangan sumber pendapatan dan bekalan untuk menyara hidup sepanjang tempoh PKP. Hampir kesemua mereka menerima upahan harian atau mingguan, turut berasa gusar setelah tidak lagi dapat bekerja.

Inisiatif seperti pengangguran separa, pengangguran teknikal seta langkah masa kerja lebih pendek mungkin boleh diusulkan supaya para pekerja ini terikat dengan pekerjaan mereka. Ini setidaknya meringankan beban mereka yang kehilangan mata pencarian.

Dianggarkan, kira-kira 1.25 bilion pekerja yang bekerja dalam sektor seperti perkhidmatan hotel, makanan, pembuatan dan runcit antara yang paling teruk terjejas.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *