Itali semakin parah, angka kematian lebih tinggi daripada China

  • By Wendy. V
  • March 20, 2020
  • 0
  • 225 Views

Pandemik koronavirus telah mengorbankan lebih banyak nyawa di Itali berbanding negara lain, termasuklah China – di mana wabak itu tersebar. Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis. Jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang lebih tinggi berbanding China. Jumlah kematian di China setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Pada awalnya, kerajaan Itali melaksanakan ‘lockdown’ bermula pada 12 Mac hingga 25 Mac. Tetapi, pemerintah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa lockdown. Hampir semua rakyat Itali diarahkan untuk tinggal di rumah.

Terdapat 220,000 kes koronavirus di seluruh dunia dengan lebih dari 9,000 kes kematian. Namun, China mengesahkan tidak ada kes domestik baharu pada Rabu untuk pertama kalinya sejak krisis wabak itu bermula. Hanya terdapat, 34 kes baru melibatkan mereka yang baru tiba di negara itu.

Jumlah kes di China lebih dari 81,000, masih jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Itali yang memiliki 41.035 kes.

Italia menutup sebahagian besar perniagaan dan melarang perjumpaan orang ramai (publik) pada 12 Mac, yang berusaha kerasa menangani penyebaran wabak ini. Bar, restoran dan sebahagian besar pusat membeli-belah ditutup. Turut ditutup ialah sekolah dan universiti.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte bercakap telah membantu mencegah “runtuhnya sistem”.

Dalam kenyataan kepada surat kabar, beliau berkata bahawa “kita tidak akan dapat segera hidup kembali seperti sebelumnya” bahkan ketika tindakan itu berakhir.

Sementara itu, Perancis mula melaksanakan lockdown, pada Selasa pagi. Penduduk yang berada di tempat umum harus membawa dokumen rasmi bersama mereka yang menyatakan sebab mereka.

Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner berkata kepada radio pada Khamis, bahawa lockdown mungkin akan dipanjangkan melebihi 15 hari seperti sebelum dilaporkan.

Di tempat lain, jumlah kematian di Sepanyol naik 209 kematian dalam sehari. Jumlah orang yang dijangkiti pula naik kepada 3,431 kes, mencapai 17,147 kes keseluruhan. Sepanyol menduduki tangga ke-4 terburuk terkesan oleh wabak ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *