Turki nafi negara dalam kecemasan di saat penularan wabak, data dedahkan sebaliknya

  • By Wendy. V
  • March 19, 2020
  • 0
  • 240 Views

Terdapat penularan wabak koronavirus secara meluas di Turki, dan pihak kerajaan telah dituduh menyembunyikan angka kes yang sebenarnya. Pada Selasa, Ketua Direktor Komunikasi Turki, Fahrettin Altun menggelar tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan khabar angin semata-mata. Altun memberitahu Agensi Anadolu bahawa negara itu tidak mengisytiharkan apa-apa keadaan emergensi, perintah berkurung atau sekatan perjalanan di saat penularan wabak koronavirus, “Langkah-langkah penyekatan komprehensif seperti itu bukan dalam agenda kita,” beliau berkata. Altun berkata langkah-langkah yang diambil terhadap koronavirus terus dalam “cara yang sangat telus dan rasional.”

“Dengan kesedaran bahawa kami bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan rakyat serta kebebasan mereka, dalam perjuangan yang kami lakukan di bawah kepemimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, kami minta untuk tidak mempercayai apa-apa berita, maklumat atau khabar angin yang belum disahkan oleh sumber rasmi,” katanya.

Menurut sumber, kerajaan Turki cuba untuk menyembunyikan jumlah mangsa positif virus itu. Pihak berkuasa tidak mengumumkan bahawa kes yang dijangkiti dengan koronavirus ditemui di wilayah Milas di negeri Mugla, yang dikesan beberapa waktu lalu. Seorang pegawai tempatan dari Milas yang cuba memberi amaran kepada orang ramai telah diserang oleh anggota keselamatan Turki daripada berkongsi apa-apa maklumat.

Selain itu, terdapat satu kes mengenai sebuah syarikat yang terletak di wilayah Adrena di Turki, yang ditutup selama beberapa hari untuk proses pembersihan wabak koronavirus. Namun, pihak berkuasa menghalang berita ini daripada tersebar kepada umum.

Turki secara rahsia menghantar pesakit positif virus itu ke negara jiran yang berdekatan di Eropah – Itali khususnya. Difahamkan, beberapa orang Turki cuba mengangkut kira-kira 500 pendatang tanpa izin ke Itali menggunakan bot. Bot-bot ini yang ditahan dan dicam kerana membawa bendera Turki. Bot ini telah berlepas dari wilayah Chanagla di barat Turki.

Selain Eropah, Turki juga menghantar mangsa secara sembunyi ke negara-negara jiran di timur termasuk Kazakhstan. Ianya ternyata apabila kes koronavirus ke-10 di Republik Kazakhstan merupakan seorang gadis yang tiba di Almaty dari Istanbul.

Kerajaan Iran juga mengkritik media Turki menyembunyikan fakta sebenar bahawa syarikat pesawat Turki terus membawa penumpang dari China. Menurut laporan, pihak berkuasa Turki tidak menutup sempadannya untuk pelancong China dan tidak juga membatalkan penerbangan dari China.

Setakat ini, sumber rasmi Turki mendedahkan terdapat 47 kes yang telah disahkan, yang sebahagian besarnya mendapat jangkitan tersebut melalui beberapa atau lawatan asing ke AS, EU, atau Arab Saudi.

Daripada merawat pesakit dan mengambil tindakan segera untuk mencegah penyakit itu daripada tersebar, Ankara terus menafikan dan memilih untuk menghantar pesakit ke negara-negara jiran.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *