COVID-19: Doktor yang merawat pesakit di Wuhan meninggal dunia

Mei Zhongming, seorang pakar mata di Hospital Pusat Wuhan di wilayah Hubei China Tengah, meninggal dunia akibat novel koronavirus (COVID-19) pada hari Selasa, menurut notis yang dikeluarkan oleh hospital.

Mangsa yang berusia 57 tahun itu dijangkiti semasa merawat pesakit yang dijangkiti dengan virus tersebut, kata hospital itu. Pihak hospital turut menyatakan ucapan takziah kepada keluarganya.

Mei Zhongming, 57, yang didiagnosis dengan koronavirus setelah merawat pesakit di hospital.

“Beliau seorang yang serius dan bertanggungjawab atas kerjanya, bertindak dengan sabar dan berhati-hati dengan pesakitnya dan memberi sumbangan penting kepada pembinaan dan pembangunan terhadap disiplinnya,” kata hospital itu, hari ini dalam satu kenyataan yang diterbitkan menerusi akaun rasminya, Weibo.

“Kami mengucapkan takziah terhadap rakan seperjuangan, Mei Zhongming dari hospital kami dan sangat bersimpati kepada keluarganya,” tambahnya.

Mei adalah timbalan pengarah Jabatan Oftalmologi di hospital terbabit. Rakan sekerja beliau, Li Wenliang, ialah salah seorang daripada lapan orang yang cuba memberi amaran tentang novel koronavirus ketika pertama kali muncul di Wuhan dan kemudiannya meninggal dunia akibat virus itu pada awal Februari lalu.

Dr Li menarik perhatian orang ramai selepas dia ditegur oleh polis dan dituduh menyebarkan ‘berita palsu’ atas status amaran di media sosial ‘SARS di pasar makanan laut Wuhan’ pada 30 Disember. Status Dr Li dimuatnaik dua minggu sebelum koronavirus merebak di bandar yang mempunyai kepadatan 14 juta orang, yang telah dikunci sejak 23 Januari.

Dr. Li yang diberikan pujian setelah pemergiannya atas sumbangannya.

Kematian ahli perubatan itu mencetuskan kemarahan daripada orang China yang secara terbuka mengkritik pemimpin mereka yang bertindak menghalang berita itu.

Menurut laporan oleh thepaper.cn, seorang doktor yang tidak dinamakan di hospital itu dipetik sebagai Mei dijangkiti pada pertengahan Januari dan keadaannya mula semakin teruk sekitar 11 Februari. Ramai pesakit Mei yang meratapi pemergian beliau dan mengatakan bahawa beliau seorang doktor yang mesra dan penyabar.

Berasal dari Wuhan, koronavirus baru – yang dikenali sebagai COVID-19 – telah menewaskan sekurang-kurangnya 2,944 orang dan menjangkiti lebih daripada 80,100 di dalam China.

Wabak koronavirus telah merebak di luar China dengan lonjakan kes yang ketara. Lebih dari 70 buah negara kini bertempur dengan penularan virus ini, dengan Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran termasuk yang paling teruk.

Di peringkat global, koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 3,117 orang dan lebih daripada 91,300 telah dijangkiti.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *