Ketegangan isu Turki membuka pintu sempadan negara, Eropah terpalit krisis ekonomi dan politik.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak membuka pintu sempadan di negara itu, membolehkan berpuluh ribu pelarian untuk melarikan diri memasuki blok Eropah, kebanyakan melalui Greece dan Bulgaria yang menjadi laluan masuk utama pelarian.

Krisis isu pelarian Syria dan migran dari negara bergolak lain mula tercetus untuk kali pertama pada 2015. Turki telah menjadi tuan rumah kepada hampir kebanyakan pelarian ini. Pada tahun 2016, EU-Turki telah mencapai perjanjian untuk mengawal kemasukan pelarian. Namun, Presiden Turki menegaskan Turki tidak lagi dapat menampung jumlah pelarian sekiranya konflik di Syria gagal dikawal.

Kebanjiran migran di pintu sempadan Turki dengan Greece

Langkah pembukaan pintu sempadan yang dibuat oleh Erdogan sebenarnya bertujuan untuk memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah (EU) berhubung konflik yang melanda sejak 2015 ini dan mula memuncak apabila telah meragut 36 nyawa tentera Turki pada minggu lalu.

Kehadiran migran itu bagaimanapun tidak dialu-alukan Greece yang menjadi laluan masuk utama pelarian ke blok terbabit. Polis Greece bertindak segera menutup lintasan sempadan dan melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kumpulan besar migran yang cuba memasuki negara tersebut.

Kumpulan migran berjalan di sepanjang sempadan Turki-Greece berhampiran Pazarkule di daerah Edirne

Susulan insiden itu, Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya semua pihak bertenang dan mengelakkan penggunaan sebarang bentuk kekerasan selepas ribuan migran kini membanjiri dan tidak berganjak dari sempadan Turki-Greece.

“Langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan ketegangan di sempadan,” kata jurucakap PBB bagi Pelarian (UNHCR), Babar Baloch.

Greece memaklumkan ia telah menyekat kemasukan hampir 10,000 migran di sempadan selepas pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan pelarian yang bertindak membaling batu ke arah mereka. Manakala, pelarian yang berjaya dihalang telah dihantar ke Evros, sebuah kawasan di sempadan Turki.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis bermesyuarat berhubung krisis migran.

Timbalan Menteri Pertahanan Greece, Alkiviadis Stefanis menegaskan negara itu tidak akan mengalah. “Kami akan melindungi sempadan Athens dan Eropah dengan tegas,” katanya menerusi wawancara media.

Aduan utama Turki adalah bahawa UE tidak mengotakan perjanjiannya – iaitu menyediakan insentif dan sokongan ekonomi dalam pertukaran untuk menangani isu longgokan migran.

Turki mengatakan EU tidak menghantar wang ke Turki dengan pantas untuk memberi respons yang secukupnya kepada krisis. Ia juga percaya bahawa insentif ekonomi itu, yang termasuk membuat visa EU lebih mudah untuk diperoleh bagi rakyat Turki, potensi untuk meningkatkan perdagangan, dan usaha semula tenaga untuk membantu Turki menyertai blok tidak menjadi kenyataan.

EU dilihat mengendahkan krisis ini setelah mendapatkan persetujuan dengan Turki. “Setelah persetujuan dicapai, langkah penyelesaian tidak diambil  untuk menjadikan hubungan semakin pulih seiring masa. Tidak ada usaha yang mencukupi untuk menghentikan segala penyebab permasalahan ini,” kata Luigi Scazzieri dari Pusat Reformasi Eropah.

Untuk tempoh ini, Erdogan mahukan lebih wang dari EU. Beliau akan terus mainkan kad migran Syrian sehinggalah EU berazam untuk membuat penyelesaian dan bekerjasama dengan beliau.

Sekiranya ianya berlaku, risiko politik akan turut muncul. Selagi penyokong parti sayap-kanan  yang marah terhadap pelarian Syria membanjiri Eropah, mereka tidak mungkin bersemangat untuk menghantar wang ke Turki.

Terdapat juga risiko diplomatik: memberi lebih banyak wang kepada seorang presiden Turki yang secara aktif terlibat dalam perang di Syria boleh meletakkan EU berada dalam pergeseran dengan Rusia.

Oleh itu, EU perlu menyelesaikan masalah ini dengan cepat bagi mengelakkan kebuntuan walaupun terpaksa menanggung pendirian dengan Turki.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *