Koronavirus: Jepun sahkan kematian pertama

  • By Wendy. V
  • February 14, 2020
  • 0
  • 89 Views

Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu, beberapa jam setelah mengesahkan 44 kes di atas sebuah kapal pesiar yang dikuarantinkan di Yokohama, Jepun.

Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata mangsa merupakan wanita berusia 80-an yang telah dirawat di hospital sejak 1 Februari, yang pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia.

Pihak berkuasa kesihatan kini menyiasat bagaimana mangsa mendapat virus tersebut, termasuk jangkitan antara manusia. Mangsa dilaporkan tiada rekod pernah mengunjungi Wuhan atau kontak dengan pengunjung China.

Namun, media tempatan mendakwa wanita itu, seorang penduduk wilayah Kanagawa dekat Tokyo, dipercayai ibu mentua kepada pemandu teksi yang baru saja disahkan menghidap jangkitan itu.

Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan enggan untuk mengesahkan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan atas permintaan dari keluarga tersebut.


Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *