Covid, Kuarantin antara nama yang dicadangkan untuk haiwan baru lahir di sebuah zoo di Colombia

Tahun 2020 sememangnya bukanlah tahun yang terbaik bagi semua penduduk dunia. Pandemik COVID-19 telah membataskan hampir keseluruhan perkara di seluruh dunia termasuk penutupan institut pendidikan, acara konsert, sebahagian besar sektor pekerjaan tergendala, dan perintah untuk terus kekal ‘duduk di rumah’.

Setiap hari, perkataan COVID-19 sentiasa didengari baik di televisyen, radio, dan juga laman sosial. Jadi, tidak hairanlah ada yang menggunakan perkataan popular ini untuk memberi nama kepada sesuatu termasuklah nama anak sendiri.

Sebuah zoo kecil di tengah Colombia telah menguar-uarkan kepada pengikut di laman sosialnya untuk tampil dengan nama yang akan diberikan kepada primat yang baru dilahirkan itu. Apa yang menjadi perhatian ialah kebanyakan daripada cadangan nama tersebut berkait dengan pandemik koronavirus.

Covid dan Cuarentena (bermaksud kuarantin dalam bahasa Spanish) adalah antara cadangan paling popular yang diberikan kepada pasangan kembar berbulu, primat kecil yang merupakan binatang dari tempat asal mereka di perairan Caribbean Colombia. Pasangan itu dilahirkan seminggu yang lalu di Zoo Santa Cruz, yang terletak di San Antonio Del Tequendama.

Nama-nama yang berpotensi itu turut dipertimbangkan untuk diberikan kepada seekor rusa ekor putih yang lahir dua minggu yang lalu.

Menurut Camilo Mendoza, iaitu penyelaras kesihatan haiwan di zoo tersebut berkata media bahawa pihak zoo sengaja meminta para pengikut di laman media sosial zoo terbabit untuk mencadangkan nama untuk binatang tersebut. Mendoza turut menjelaskan bahawa kebanyakan kelahiran berlaku ketika tiga bulan pertama setiap tahun, di mana cuaca lebih panas dan sebelum bermulanya musim hujan.

Penjaga zoo melihat kelahiran binatang di zoo itu sebagai berita yang positif walaupun di sebalik penularan wabak koronavirus. “Ia adalah satu mesej harapan untuk kita menukarkan cara bagaimana kita berhubung, pemikiran kita dan bahawa kita mengenal kepentingan alam semula jadi dan haiwan-haiwan ini, yang kami hormati mereka,” kata Mendoza.

Zoo ini menjadi kediaman bagi haiwan yang diambil daripada sarkas atau dirampas oleh pihak berkuasa yang berusaha keras memerangi penjualan serta penyeludupan haram hidupan liar ini.

Sementara itu juga, zoo ini mengalami masalah kehabisan sumber setelah kerajaan negara itu mengarahkan pelaksanaan perintah kuarantin yang berlangsung sehingga 27 April. Sumber utama pendapatan zoo tersebut adalah daripada hasil mengenakan cas bayaran masuk kepada para pelawat sebanyak $5 dolar setiap seorang.

Zoo terbabit mengambil inisiatif untuk menjalankan kempen untuk meminta derma daripada orang awam supaya pihak zoo dapat membeli 300 kg daging, 180 kg ayam, 60 kg udang dan ikan untuk diberi makan kepada 780 binatang setiap minggu.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *