Kehidupan ikan yu paus boleh menjangkau sehingga abad tahun

  • By Wendy. V
  • April 11, 2020
  • 0
  • 173 Views

Mempunyai corak menarik dengan bintik dan garis panjang putih, serta boleh mencapai panjang sehingga 60 kaki panjang, ikan yu paus merupakan antara haiwan terbesar dan paling mengujakan wujud di dalam laut. Ikan yu puas mendiami kawasan laut iklim sederhana dan menjadi antara produk eko-pelancongan yang sangat digemari.

Mesti ramai tidak tahu bahawa ikan yu paus mendiami kawasan perairan negara Malaysia dan sering kelihatan pada waktu-waktu tertentu. Hidupan laut ini didaftarkan sebagai haiwan sangat terancam dek kerana populasi yang semakin berkurangan dan turut dieksplotasi.

Ikan yu paus tersangkut di jaring pukat diselamatkan oleh nelayan di Sarawak, Malaysia

Terbaharu, satu kajian yang dijalankan terhadap spesies ikan yu telah mendedahkan mengenai kadar jangka hayat luar biasa mereka. Seperti contoh, didapati ikan yu Greendland mempunyai jangka hayat selama hampir 300 tahun iaitu 3 abad lamanya, lebih lama berbanding haiwan vertebrata lain yang hidup di Bumi ini. Malahan, kebanyakan ikan yu lain seperti ikan yu putih boleh mencecah hampir 100 tahun jangka hayat mereka.

Penemuan ini sebahagian besarnya adalah melalui penggunaan kaedah teknologi yang lebih maju untuk menentukan usia ikan yu, termasuk karbon-14, sejenis isotop radioaktif jarang yang merupakan hasil sampingan (byproduct) dari ledakan bom era Perang Dingin di dalam rangka tulang ikan yu.  

Melalui pengukuran jumlah unsur ini yang ditemukan, boleh membantu para saintis untuk mengetahui umur ikan yu dengan lebih tepat berbanding pendekatan sebelum ini. Sebelum ini, para saintis menggunakan kaedah mengukur cincin pertumbuhan pada tulang belakang ikan yu paus ini. Kaedah ini biasa digunakan untuk mengukur usia pada haiwan akuatik seperti ikan, di mana setiap cincin tersebut mewakili satu tahun usia haiwan tersebut.

Satu kawasan di Filipina menjadi tempat eko-pelancongan ikan yu paus

Para penyelidikan kini menggunakan kencan radiokarbon (radio-carbon dating), yang telah mengenalpasti bahawa ikan yu paus yang hidup  selama 50 tahun, antara umur yang paling banyak mewakili ikan tersebut.

Menurut Mark Meekan, seorang ahli biologi ikan di Institut Sains Marin Australia, ia tidak mustahil bahawa ikan yu besar ini boleh hidup sehingga kira-kira serratus tahun lamanya. Kajian seperti ini penting untuk pemuliharaan spesies-spesies terancam ini. Ini juga disebabkan oleh longetiviti ikan yu paus membuatkan spesies ini secara keseluruhannya lebih terancam terhadap pelbagai ancaman seperti penangkapan ikan secara sah dan tidak sah, pemanasan suhu laut dan pelanggaran kapal.

Ikan yu paus ini antara haiwan yang paling lama bertahan semenjak zaman dinasor lagi sehingga kini. Ikan yu ini perlu dipulihara kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam rantaian makanan marin yang mengekalkan ekosistem.   

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *