Mural terbesar di Malaysia berjaya disiapkan oleh anak muda.

  • By Wendy. V
  • February 17, 2020
  • 0
  • 86 Views

Mural dengan saiz 1,950 meter persegi di bangunan berhampiran Vivo Residential Suites di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur berjaya disiapkan oleh seorang pelukis individu.

Lukisan mural terbesar di Malaysia itu bertemakan ‘Tree Of Hope’ turut menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh pelukis itu sendiri di media sosial.

Dari bangunan cat kosong menjadi berseri dengan kehadiran mural oleh pelukis bernama Fadzlan Rizan Johani ini, hasilnya cukup membanggakan. Malah ia juga adalah mural terbesar di Malaysia yang dihasilkan secara perseorangan.

Fadzlan berjaya menyiapkan hasil mural ini dengan mengambil masa kira-kira sembilan bulan lamanya. Projek mural tersebut dimulakan pada April 2019.

Keadaan bangunan sebelum dan selepas dilukis dengan karya seni mural oleh Fadzlan Rizan Johani

Menurutnya yang terpilih untuk melukis mural daripada pemaju, MRCB, lukisannya itu banyak memaparkan pokok sawit dan alam semulajadi. Dia turut menerima sokongan dan motivasi dari masyarakat sekeliling untuk menjayakan mural tersebut.

“Rutin harian bermula seawal pagi iaitu selepas Subuh dan akan berhenti rehat pada jam 2 petang. Kemudiannya akan menyambung semula selepas Asar sehingga 3 pagi.

“Saya menggunakan 250 liter cat untuk menyiapkan secara keseluruhan hasil seni ini,” katanya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Fadzlan menyarankan orang ramai yang mahu datang bergambar dengan hasil seninya ini untuk datang pada hujung minggu kerana ruang bahu jalan tidak banyak kereta yang diletakkan di situ.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *