Zainal Abidin, diiktiraf antara penjaring terbanyak dunia

Siapa yang tidak mengenali lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yang merupakan ‘mesin penjaring gol’ Malaysia. Zainal merupakan pemain bola sepak Malaysia yang cukup dikenali pada era bola sepak tahun 1980an hingga 1990an.

Terbaharu, beliau telah disenaraikan oleh Globe Score Awards sebagai salah seorang penjaring bola terbanyak antarabangsa sepanjang masa. Menerusi akaun twitter rasmi Globe Soccer Awards itu, Zainal disenaraikan antara 10 pemain yang paling banyak menjaringkan gol.

Zainal telah menjaringkan 78 gol dalam 138 penampilan beliau bersama Harimau Malaya, dan menduduki senarai ke-7 penjaring terbanyak. Malahan, penyerang negara ini juga berada satu kedudukan di atas lagenda bola sepak Brazil, Pele yang menjaringkan 77 gol.

Beliau banyak menjaringkan gol ketika bermain dalam perlawanan di Sukan Sea, Sukan Asia, Pestabola Merdeka serta Piala Tiger 1996. Pencapaian beliau telah membolehkan beliau meraih sebagai pemain terbaik kejohanan pada ketika itu. Secara keseluruhan, Zainal menjaringkan 55 gol untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan kompetitif dan 23 gol dalam perlawanan menentang kelab, skuad All-Star dan skuad kebangsaan B.

Sebagai seorang pemain penyerang, beliau telah membawa kejayaan kepada pasukannya memenangi 4 Piala Malaysia, 3 juara liga dan 2 Piala FA. Beliau turut pernah beraksi bersama lagenda bola sepak skuad kebangsaan seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R Arumugam.

Pada tahun 1999, Zainal bersara daripada permainan bola sepak, tetapi masih meneruskan pencapaian beliau sebagai seorang jurulatih dengan mengetuai Pahang ke dua Piala FA dan satu Piala Malaysia. Kini, beliau menjadi jurulatih dalam Liga Super bagi Melaka United.

Globe Soccer Award merupakan satu anugerah tahunan yang memaparkan pengiktirafan kcemerlangan dalam dunia bola sepak. Selain Zainal Abidin Hassa, nama-nama yang turut berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak dunia ialah Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal), Ferenc Puskas (Hungary), Kunishige Kamamoto (Jepun), Godfrey Chitalu (Zambia), Hussein Saeed (Iraq), Pele (Brazil), Bashar Abdullah (Kuwait) dan Sunil Chhetri (India).

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *