FA lanjutkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)

  • By Wendy. V
  • March 20, 2020
  • 0
  • 178 Views

Persatuan Bola Sepak England (FA) bersetuju untuk melanjutkan musim 2019/2020, sementara memanjangkan penggantungan semua liga sekurang-kurangnya sehingga 30 April.

Minggu lalu, FA telah menghentikan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Bola sepak Inggeris, pertandingan domestik dan perlawanan profesional wanita ekoran penularan wabak Covid-19 yang menggugat dunia sukan.

Lembaga FA mengesahkan musim ini akan diteruskan walaupun melepasi tarikh 1 Jun bagi menyelesaikan saingan liga musim 2019/20. Berdasarkan peraturan liga, musim ini perlu berakhir tidak lebih daripada 1 Jun 2020 namun semua pertimbangan sudah diambil untuk memastikan liga ini dihabiskan.

Dalam saingan EPL, Liverpool mendahului liga dengan 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City dan perlukan hanya enam mata untuk muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Sebelum ini cadangan untuk menambah jumlah penyertaan pasukan dengan Liverpool diberikan kejuaraan dan ada juga cadagan supaya liga dibatalkan terus dan tiada juara dimahkotakan untuk musim ini.

UEFA membuat keputusan menangguhkan Euro 2020 selama 12 bulan awal minggu ini bagi membolehkan perlawanan dilengkapkan sepanjang musim panas jika halangan penerbangan dan berkumpul beramai-ramai bagi membendung COVID-19 ditamatkan ketika itu.

“Kami secara bersama bersetuju bahawa perlawanan profesional di England akan ditangguhkan lebih lama sehingga tidak kurang daripada Khamis, 30 April,” kata kenyataan bersama dikeluarkan Persatuan Bola Sepak England (FA), Liga Perdana, EFL serta Persatuan Pemain dan Pengurus.

Bagaimanapun pihak terbabit masih berharap menamatkan musim sekiranya perlawanan boleh kembali dimulakan berbanding menerima kedudukan semasa pasukan atau mengisytiharkan kempen kali ini sebagai batal dan tidak sah.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *