Pemain batuk boleh dikenakan kad merah

Pemain Liga Perdana Inggeris akan dibuang padang jika batuk dengan sengaja di hadapan pemain lain dan berdepan tindakan polis di bawah peraturan baharu Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berkenaan COVID-19.

FA menggariskan panduan baharu buat pegawai perlawanan dan akan berkuat kuasa serta merta.Peraturan baharu itu menyatakan pengadil perlu melayangkan kad merah kepada pemain sekiranya jelas mereka batuk di hadapan pemain lain.

Batuk dengan sengaja dilihat sebagai perbuatan yang sama seperti serangan fizikal.Bagaimanapun pengadil tidak bertanggungjawab untuk memastikan pemain mengamalkan penjarakan sosial ketika meraikan jaringan.

Mereka juga tidak boleh menghukum pemain kerana meludah – perbuatan yang sudah diharamkan di bawah protokol FA sebaik saingan bersambung Jun lalu. Namun pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Shafie: Warisan dan sekutu yang lain hanya akan meletakkan calon yang setia dan terpilih untuk pilihanraya

Read Next

Warga asing yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman diusir dari Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *