IOC pertimbang untuk tangguhkan Olimpik Tokyo 2020

  • By Wendy. V
  • March 23, 2020
  • 0
  • 213 Views

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata penangguhan Olimpik 2020 antara pilihan yang dipertimbangkan akibat pandemik COVID-19, tetapi pembatalan temasya yang akan berlangsung di Tokyo itu tiada dalam agenda mereka.

IOC digesa supaya menangguhkan temasya yang dijadualkan dari 24 Julai hingga 9 Ogos itu, susulan badan-badan sukan dan atlet-atlet di seluruh dunia bimbang terhadap risiko yang bakal dihadapi selepas kematian akibat COVID-19 mencecah lebih 13,000.

Thomas Bach, Presiden International Olympic Committee (IOC)

Presiden IOC, Thomas Bach berkata keputusan berkenaan tarikh baharu Olimpik 2020 akan dibuat dalam tempoh empat minggu ini. “Nyawa manusia melebihi segalanya, termasuk menganjurkan Olimpik. Kami sudah, seperti dinyatakan sebelum ini, memikirkan senario berbeza dan menyesuaikannya hari demi hari. Keputusan akhir tentang tarikh Olimpik Tokyo 2020 masih awal untuk dibincangkan,” kata Bach.

Bach menerangkan IOC sedang membincangkan pilihannya dengan pemegang saham serta pihak kesihatan. “Kami yakin perkara ini akan diselesaikan dalam tempoh empat minggu ini. Membatalkannya tidak akan menyelesaikan masalah dan membantu sesiapa. Jadi ia tidak ada dalam agenda kami,” katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Kanada (COC) mengumumkan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam Olimpik dan Sukan Paralimpik pada musim panas 2020 berikutan kebimbangan mengenai penularan koronavirus, menjadikan negara pertama yang memulakan langkah ancaman tersebut. Jawatankuasa berkata dalam kenyataan, ianya adalah tidak selamat untuk para atlet teruskan berlatih.

Maskot untuk Olimpik Tokyo 2020

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga mendesak IOC untuk segera membuat keputusan, dengan menambah penangguhan Olimpik 2020 mungkin tidak dapat dielakkan jika penularan koronavirus baharu menjadikan ia sukar untuk memastikan keselamatan temasya sukan itu.

IOC bertanggungjawab mengambil keputusan muktamad mengenai temasya sukan itu dan berdepan tekanan kuat daripada atlet dan persatuan sukan seluruh dunia ketika penularan krisis koronavirus.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *