Acara sukan tempatan dan antarabangsa perlu ditangguhkan

  • By Wendy. V
  • March 12, 2020
  • 0
  • 189 Views

Peningkatan kes koronavirus (COVID-19) yang semakin meningkat di negara ini mendorong Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) untuk menangguhkan penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa di Malaysia ke satu tempoh yang akan dtetapkan pihak berkuasa.

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) perlu ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

Justeru PPS menasihatkan penganjur acara sukan tempatan dan antarabangsa menangguhkan semua acara sukan ke satu tempoh yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kesan daripada itu juga penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS mengumumkan perlumbaan pusingan pembukaan yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 14 dan 15 Mac ini ditangguhkan. Pihak Kejuaraan Cub Prix akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan di setiap lokasi perlumbaan seterusnya.

PPS memohon untuk semua yang terbabit mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh KKM bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19. Setakat ini, Malaysia telah mencatat 149 kes dan 20 kes baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Khamis.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *