Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni Awang layak acara pecut

Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melayakkan diri dalam satu lagi acara lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai ini, selepas memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Menurut ranking dunia terkini UCI yang dikeluarkan di www.uci.org, Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima terbaik dunia, dalam acara pecut individu selepas mengumpulkan 2,415 mata.

‘The Pocket Rocketman’ berusia 32 tahun sebelum ini layak ke Tokyo melalui acara kegemarannya ‘keirin’ selepas menduduki ranking kedua dunia, di belakang Harrie Lavreysen dari Belanda dengan 2,710 mata.

Atlet berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang ketika beraksi dalam acara akhir Men’s Elite keirin.

Ini adalah penampilan keempat Mohd Azizulhasni di Sukan Olimpik, selepas layak pada Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016, di mana beliau memenangi pingat gangsa dalam acara keirin.

Bagaimanapun seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal untuk melayakkan diri ke Tokyo, selepas menduduki ranking ke-15 dalam acara pecut dan ke-40 bagi acara keirin selepas mengumpul masing-masing 1,687.5 mata dan 1,102 mata.

Kejohanan Lumba Basikal Trek UCI 2020 di Berlin, German, merupakan kejohanan kelayakan Olimpik terakhir.

Berdasarkan kepada format UCI, tujuh pelumba terbaik acara keirin dan pecut dalam ranking dunia UCI akan layak ke Sukan Olimpik.

Sehingga kini 10 atlet Malaysia layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470), Khairul Anuar Mohamad (memanah), Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (terjun 3m papan anjal), Pandelela Rinong Pamg (terjun 10m platform) dan berpasangan dengan Leong Mun Yee (10m seirama)

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *