Skuad badminton lelaki negara muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020

  • By Wendy. V
  • February 17, 2020
  • 0
  • 72 Views

Skuad badminton lelaki Malaysia melakar kejutan dan berjaya muncul sebagai naib juara dalam perlawanan akhir bertemu skuad badminton Indonesia, dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 di Manila, Filipina.

Ini sekaligus, menyaksikan hasrat Malaysia untuk melakar kejuaraan tidak kesampaian dan akur dengan kehebatan Indonesia yang muncul juara dengan kemenangan 3-1.

Lee Zii Jia selaku sandaran utama negara turun menentang Anthony Ginting pada aksi perseorangan lelaki pertama.

Zii Jia terpaksa tunduk kepada Anthony 20-22 di set pertama dan 21-16 di set kedua.

Hasrat menyaksikan kebangkita Aaron Chia / Soh Wooi Yik yang mencipta sejarah bergelar juara Sukan SEA Manila nampaknya tidak terlaksana.

Mereka gagal menghalang Indonesia melebarkan kedudukan 2-0 apabila tewas cuma dalam masa 30 minit kepada Marcus Fernaldi / Kevin Sanjaya 20-22 dan 16-21.

Cheam June Wei tewaskan pemain ranking ke-7 dunia, Jonatan Christie (Foto: New Straits Times)

Walau bagaimanapun skuad muda negara nyata tidak mudah menyerah kalah dengan Cheam June Wei yang tidak menghiraukan status Jonatan Christie selaku ranking ketujuh dunia apabila tampil dengan aksi kental.

Perlawanan yang berlangsung lebih sejam ini menyaksikan June Wei menang 21-16, 17-21 dan 24-22.

Bagaimanapun kebangkit pasukan negara akhirnya tersekat pada aksi beregu kedua. Ong Yew Sin / Teoh Ee Yi terpaksa menerima hakikat gandingan mantap pemain veteran Mohammad Ahsan / Fajar Alfian.

Beregu kedua negara tewas dalam masa 37 minit dengan mata penamat 13-21 dan 17-21.

Kejohanan berpasukan itu menyaksikan skuad lelaki negara berjaya melakar kejutan ke akhir manakala skuad wanita kandas di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada Jepun.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *