Kejohanan Badminton Berpasukan Asia: Malaysia bertemu Indonesia di final

  • By Wendy. V
  • February 16, 2020
  • 0
  • 90 Views

Skuad badminton lelaki negara mengesahkan tiket final apabila berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 selepas menang bergaya dengan menewaskan Jepun 3-0 pada aksi separuh akhir, semalam.

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-11, 8-21, 21-11 ke atas pemain di kedudukan ke-10 dunia, Kanta Tsuneyama dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam di Rizal Memoriul Coliseum, Manila.

Kecemerlangan skuad negara diteruskan dengan gandingan di kedudukan ke-8 dunia, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik yang hanya memerlukan 35 minit untuk menjinakkan Takuro Hoki/ Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.

Mata kemenangan Malaysia dihadiahkan pemain muda perseorangan, Cheam June Wei yang mencipta kejutan menumbangkan pemain ke-13 dunia, Kento Nishimoto 21-19, 3-21, 21-12 dalam perlawanan selama 54 minit.

Skuad badminton lelaki negara akan bertemu dengan skuad jiran, Indonesia yang merupakan pencabar terkuat mereka di dalam acara final nanti. Perlawanan akhir Malaysia-Indonesia berlangung pada Ahad, 16 Februari 2020.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *