JDT bertemu Vissel Kobe dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara AFC

  • By Wendy. V
  • February 12, 2020
  • 0
  • 78 Views

Tiga tahun telah berlalu semenjak kali terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) menjejakkan kaki di wilayah Kansai, Jepun. Pada 2017, skuad Harimau Selatan mendapat pengajaran berguna daripada Gamba Osaka di Stadium Bola Sepak Suita, di mana Yasuhito Endo dan rakan-rakannya meraih kemenangan mudah 3-0  dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Juara Liga Super Malaysia akan bertemu Andres Iniesta daripada Vissel Kobe dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara AFC (ACL) peringkat kumpulan pada hari ini.

Ini merupakan penglibatan kedua JDT dalam saingan ACL pada peringkat kumpulan, di mana mereka melakukan ‘debut’ pada musim lalu. Empat mata daripada enam perlawanan dan mereka bukannya pasukan belasahan.

Malah, Harimau Selatan turut meraih kemenangan berharga 1-0 ke atas juara bertahan pada ketika itu, Kashima Antlers di laman sendiri.

Juara enam kali Liga Super, JDT berhasrat dapat memberi impak di Asia dengan rekod yang baik mengenai diri mereka terhadap Kobe dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Stadium Misaki Park.

Bagaimanapun, Kobe, yang dikuasai oleh legenda Barcelona, Andres Iniesta dan bekas kapten Arsenal, Thomas Vermaelen, kelihatan terlalu kuat untuk pasukan Johor.

Pemenang Piala Dunia Iniesta, yang juga mempunyai empat pingat Liga Juara-Juara dan sembilan kejuaraan La Liga, masih bermain dengan hebat di usia 35 tahun.

Safawi Rasid turut memberi laungan, pasukan sedang dalam keadaan terbaik selepas pramusim yang sukar di Dubai. Safawi dan rakan-rakannya telah ‘dilanyak’ dalam lima perlawanan pramusim yang sukar, dan mereka muncul dengan tiga kemenangan dan dua kekalahan – mengalahkan gergasi Slovakia, MSK Zilina dan pasukan kebangsaan Turkmenistan.

“Kami telah melakukan banyak percubaan taktikal dalam pramusim tahun ini dan pasukan sememangnya mahu meraih sesuatu yang lebih besar dalam pertandingan. Kami tahu Vissel Kobe mempunya bekas pemain La Liga dan Liga Perdana Inggeris tetapi kami merasakan ianya satu pengalaman bagus buat JDT,” kata Safawi .

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *