Peluang untuk skuad badminton lelaki cerah selepas undian semula

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 87 Views

Peluang kini lebih cerah untuk team skuad badminton lelaki negara untuk bergelar juara kumpulan selepas undian semula diadakan bagi Kejohanan Berpasukan Asia di Manila, Filipina, hari ini.

Undian semula yang hanya membabitkan pasukan lelaki itu terpaksa diadakan semula atas penarikan diri China dan Hong Kong.

Ini susulan keputusan kerajaan Filipina yang menyekat kemasukan warga negara dari China dan Hong Kong berhubung penularan wabak koronavirus.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama India dan Kazakhstan. Sebelum ini, skuad badminton negara berada dalam kumpulan C bersama skuad Taiwan dan Singapura.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, mengakui peluang kini lebih tinggi buat barisan pemain negara untuk mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

‚ÄúSelepas undian semula ini, kami nampak memang kita lebih berpeluang untuk menjuarai kumpulan. Menentang India, selagi kita dapat mencuri satu mata dalam acara perseorangan, kita boleh.” kata Choong Hann.

Kejohanan Berpasukan Asia ini akan berlangsung bermula 11-16 Februari, di Rizal Memorial Collisium, Manila, Filipina.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *