Najib dan Rosmah memeriksa lebih dari 400 jam tangan, 300 beg tangan yang di rampas polis

Datuk Seri Najib Tun Razak

Hujung minggu yang lepas, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun

Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang dirampas polis dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Item tersebut didakwa hasil daripada aktiviti haram yang berkaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Penyitaan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Tidak Sah (AMLATFPUAA) 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Faten Hadni Khairuddin memberitahu pemberita demikian selepas pengurusan kes di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. Sebelumnya semasa prosiding, Faten Hadni memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa Najib dan Rosmah telah memeriksa barang-barang bukan barang kemas itu pada 25 Julai.

Barang-barang yang dirampas kini disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *