BERITA GEMPAR – Parti BERSATU memecat Tun Mahathir, anaknya Mukhriz dan tiga lagi

Mahathir mohammed and his son Mukhirz

Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya (yang juga anaknya), Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain telah dipecat daripada parti BERSATU hari ini.

Ini berdasarkan surat yang menunjukkan kelima-lima mereka telah dipecat atas sebab mereka telah duduk di bahagian bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat tersebut telah ditandatangani oleh Muhammad Suhaimi Yahya, Setiausaha Kerja Bersatu.

Tiga lagi yang turut dipecat dengan Mahathir ialah Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *