“Boleh singkirkan saya, tetapi haruslah ikuti perlembagaan parti” – Mahathir

Tun Mahathir mengatakan bahawa dia bersedia diusir dari Parti Rakyat Bersatu Malaysia (UNIT)

Dalam sebuah rakaman video yang kini viral, di mana tujuan rakaman video itu adalah sebagai reaksi tindakan MPT BERSATU yang ingin menyingkirkan Dr Mahathir sebagai Pengerusi parti, Tun Mahathir berkata beliau rela disingkirkan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tetapi ia perlu dibuat mengikut peraturan dan perlembagaan parti.

Beliau juga berkata dia bersedia untuk dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti sebelum disingkirkan.

“Dalam cubaan menyingkirkan saya, ada banyak kesalahan dilakukan. Saya rela disingkirkan dan bersedia jika dijemput dalam mesyuarat pimpinan parti.

“Semasa saya menjadi Pengerusi (Presiden) UMNO, ketika Anwar Ibrahim mahu disingkirkan, beliau dipanggil mesyuarat malah dibenarkan berucap. Ini tidak saya tidak dijemput dan diberikan peluang berucap, ini juga satu kesalahan,”

Dr Mahathir berkata, tindakan MPT tidak menjemput beliau dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercanggah dengan perlembagaan parti. Mengikuti perlembagaan parti, mesyuarat parti itu mestilah dipengerusikan oleh beliau dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hanya boleh menggantikan beliau sekiranya berada di luar negara atau tidak mampu mempengerusikan mesyuarat.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *