Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari UAE, Hishammuddin berterima kasih

Dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, Malaysia menerima banyak sumbangan dan penghargaan daripada pelbagai pihak termasuk daripada beberapa negara luar. Terbaharu, Malaysia telah menerima bantuan peralatan perubatan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bantuan peralatan perubatan tersebut telah diterbangkan melalui penerbangan khas dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur. Ini disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam Facebook rasmi beliau.

Hishammuddin turut melahirkan penghargaan terima kasih kepada UAE di atas sumbangan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia. Bantuan yang disalurkan oleh UAE akan diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan khususnya barisan hadapan ‘frontliners’.

Selain bantuan peralatan perubatan, UAE dan Malaysia akan turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi COVID-19. Menurut Hishammuddin, perkara ini merupakan sesuatu yang telah diusahakan oleh kedua negara melalui hubungan telefon beliau dengan Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan sebelum ini.

“Perkongsian ini termasuklah melalui video conference (sidang video) yang diadakan setiap hari melibatkan pasukan petugas khas COVID-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi kerajaan UAE.

“Saya percaya banyak lagi peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dan ini sesuatu yang boleh membuktikan kepada mereka di luar sana bahawa kita bukan sekadar bercakap tetapi sememangnya sesuatu yang boleh diraikan.

“Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, ia tidak boleh dibeli dengan retorik ia datang daripada hati,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya.

Hishammuddin turut berharap agar kerjasama erat ini berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis wabak ini dengan sebaik mungkin.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *