Turki usir pelarian ke Greece walaupun pintu sempadan ditutup, gunakan HRW dan New York Times sebagai alat propaganda

  • By Wendy. V
  • March 21, 2020
  • 0
  • 220 Views

Turki berusaha untuk mendapatkan pengaruh politik dan ekonomi dalam kerumitan global yang berterusan yang dicetuskan oleh penularan koronavirus. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menguatkan krisis pelarian Turki-Greece dengan mengusir pelarian Syria dari negaranya, untuk mencari kawasan yang lebih selamat. Pasukan keselamatan Turki telah menggalakkan mereka (dalam beberapa kes bahkan menyeksa mereka dengan menggunakan keganasan dan gas pemedih mata) untuk menyeberangi sempadan dan memasuki Greece.

Pada masa yang sama, kebanjiran pelarian ini disekat oleh tentera Greek dari memasuki negara, dengan mematuhi penutupan sempadan Kesatuan Eropah (EU) yang diumumkan awal minggu ini untuk mengekang penularan virus berbahaya ini.

Turki telah menggunakan kuasa yang agak “lembut” dan membiayai organisasi media untuk menggunakan senjata penyebaran maklumat tidak benar dan mengutuk Greece kerana menutup pintu sempadan kepada pelarian. Ankara terus-menerus menekan Brussels untuk menarik balik dasar ‘penutupan sempadan’ dan mendapatkan wang daripada perjanjian baru. Ironinya, Human Rights Watch (HRW), yang pernah mengkritik pihak berkuasa Turki kerana memulakan perang Syria, nampaknya lebih mengambil berat terhadap dasar penutupan sempadan Greece berbanding dengan penempatan pelarian dan penganiayaan ke atas mereka di Turki. HRW lebih menumpukan kepada hak Greece untuk menutup sempadannya dalam waktu kebangkitan pandemik ketika ini.

Dalam tweet pada 13 Mac, Apostolos Doxiadis, seorang penulis Greek menulis, “Amat memalukan bagi HRW untuk mempromosikan propaganda dari sebuah negara yang melancarkan isu pelarian tanpa bukti kukuh… HRW harus memilih jalan sejarah yang mana perlu diikuti. Sama ada dengan sumbangan kontroversi atau hak asasi manusia.”

Doxiadis juga menjelaskan selain HRW, Turki juga menggunakan The New York Times sebagai alat propaganda. Laporan yang sama juga dilakukan oleh Greek Times, yang menunjukkan bagaimana yang dulunya adalah organisasi berita berprestij, hari ini telah dikurangkan kepada penerbitan berita palsu.

Dalam artikel NYT, yang berjudul ‘We Are Like Animals’: Inside Greece’s Secret Site for Migrants,’ berita itu menuduh Greece menjalankan kem pelarian tanpa berperikemanusiaan dengan menyamakan dengan kem konsesi Nazi. NYT memetik para pendatang tanpa izin yang mengatakan bahawa mereka dikurung, dilucutkan pakaian dan dipukul oleh pasukan keselamatan Greece dan kemudian dimasukkan ke dalam kompleks bangunan berhampiran sempadan. “Tiada pusat tahanan rahsia di Greece,” kata jurucakap kerajaan, Stelios Petsas kepada pemberita. Tambahnya lagi, sekiranya akhbar antarabangsa peka dengan pusat tahanan rahsia itu, ia tidak lagi menjadi rahsia. “Semua isu yang berkaitan dengan menjaga sempadan atau isu keselamatan adalah telus. Perlembagaan sedang diterapkan.. dan tidak ada rahsia.”

Menariknya, beberapa maklumat yang dikeluarkan oleh NYT dalam artikel itu ‘bersumber’ daripada pendatang tanpa izin berusia 23 tahun, Somar al-Hussein, yang masuk ke Greece dan berjaya merekodkan lokasi geografi “rahsia” tanpa telefon. Pelarian Syria yang juga pelajar kejuruteraan perisian, Somar al-Hussein, adalah tidak lain ialah Somar ElHüseyin, seorang penduduk Istanbul dan seorang pelajar Kejuruteraan Perisian di Maltepe University. Somar ElHüseyin adalah remaja lelaki propaganda Turki yang digunakan oleh negara sebagai kes imigran. Dia secara terus terang menyokong serangan Turki ke Syria dan dalam satu komen terbaharu beliau berkata, “Marilah membakar semua Syria!”.

Majlis kepimpinan Hellenic American (HALC) menulis surat kepada editor The New York Times untuk melaporkan secara adil dan jujur. “Malangnya, secebis “penyiasatan” ini gagal memberikan konteks penuh terhadap krisis di sempadan Greece; ia tidak memperincikan niat Turki untuk meredakan krisis ini – iaitu memeras ugut EU dalam menyokong operasi ketenteraan Turki di Syria; ia secara sengaja cuba untuk menggambarkan pelarian Syria yang melarikan diri ke sempadan Greece dengan penuh ketakutan terhadap keselamatan atau nyawa mereka tanpa menyebutkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah melaporkan tidak ada gerakan pelarian dari Idlib ke Turki akibat pertarungan terakhir pertempuran; dan gagal untuk mencabar propaganda Turki,” menurut kenyataan dari HALC.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *