Malaysia berhasil menerima semula RM1.4 bilion dana 1MDB di luar negara

  • By Wendy. V
  • March 18, 2020
  • 0
  • 213 Views

Malaysia telah berhasil menerima semula dana sejumlah RM1.4 bilion yang dicuri oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di luar negara, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi telah dikenal pasti.

Jumlah berbilion ringgit yang berjaya dikembali itu adalah hasil usaha pasukan khas menjejak dana 1MDB di luar negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, susulan daripada satu taklimat khas oleh pasukan berkenaan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Dalam taklimat itu, Perdana Menteri dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana berjaya dikembalikan hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi sudah dikenal pasti, kata kenyataan rasmi tersebut.

Kenyataan turut memaklumkan yang pasukan petugas itu adalah terdiri daripada wakil di Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

Pasukan petugas turut memberi perincian tindakan yang telah dilaksanakan membawa pulang dana 1MDB yang disyaki disalahgunakan di 17 buah negara dengan Perdana Menteri mengarahkan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB daripada pelbagai negara terus dilaksanakan, kata kenyataan itu.

Perdana Menteri mengarahkan agar usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB dari pelbagai negara terus dilaksanakan.

Najib Razak dibicarakan atas tujuh pertuduhan berkaitan dengan AS$10 juta yang disalahgunakan dari 1MDB dan keputusan perbicaraan itu dijangka dalam beberapa bulan lagi dan kini beliau dalam peringkat pembelaan diri.

Skandal 1MDB ini turut mendapat liputan meluas apabila Najib ditampilkan dalam dua musim siri dokumentari Netflix, Dirty Money yang diarahkan Zach Heinzerling.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *