Anwar sahkan Dr Mahathir bukan lagi ahli PH

  • By Wendy. V
  • March 13, 2020
  • 0
  • 163 Views

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota kepada gabungan itu. Bagaimanapun, Anwar berkata, PH terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai status Dr Mahathir di peringkat PH.

“Sehigga hari ini dia bukan anggota PH lagi. Tapi kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia ada membuat jemputan bertemunya hari ini dengan beberapa pemimpin PH. Saya tidak bersama kerana saya sedang membuat sidang media,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Ditanya sama ada undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap diusulkan pada sesi Dewan Rakyat Mei depan, Anwar berkata, perkara itu tidak ditolak semasa mesyuarat yang dibuat pagi tadi namun buat masa ini mahu menumpukan kepada masalah rakyat.

“Perbincangan kita pagi tadi tak menolak apa-apa tapi kita tidak mahu fokus kita kepada satu masalah perbalahan politik sebab rakyat pun sudah letih. Masalah ekonomi semakin berat, puluhan ribu tidak ada kerja seperti MAS, Malindo dan sekarang kita duduk bincang pasal politik.

“Saya jawab tumpu ekonomi rakyat dan Covid-19, dan yang lain itu lihat kepada perkembangan semasa,” katanya lagi.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *