Hadi Awang terbuka dilantik Timbalan Perdana Menteri

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat terbuka sekiranya beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi mengisi barisan Kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membuat keputusan kerana beliau bukanlah individu yang mengejar jawatan.

“Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih. Kalau saya tidak dipilih pun tidak apa, saya balik jadi nelayan, tidak ada masalah. Saya nak bekerja untuk negara, terbuka. Yang calonkan saya itu rakyat, orang biasa. Bukan orang biasa calonkan, patutnya perdana menterilah. Bukan si anu si anu yang calonkan saya, ada orang syok orang calonkan dia tapi saya tidak syok orang calonkan saya,” katanya pada sidang media di Masjid Rusila, hari ini. Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Abdul Hadi menegaskan, tumpuan utama ketika ini adalah menyelesaikan masalah rakyat terutamanya membabitkan kos sara hidup, ekonomi, gejala sosial, isu perpaduan, selain masalah pembangunan insan yang mesti diberi perhatian.

Tegasnya, PAS tetap beristiqamah, konsisten dengan pendirian iaitu memilih anggota Kabinet yang punya integriti, bersih, berkepakaran dan terdiri daripada kalangan ahli politik serta profesional. Justeru, PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan kepada Perdana Menteri, untuk memilih barisan Menteri Kabinet dalam kalangan pemimpin parti itu.

Beliau berkata, menjelaskan pihaknya hanya menyerahkan cadangan konsep, terutamanya mengambil kira masyarakat majmuk termasuk bukan Islam untuk menganggotai barisan Kabinet.

“Walaupun pemimpin parti bukan Islam tidak ramai dalam Perikatan Nasional (PN), tetapi mereka perlu dilantik dalam kalangan yang men- yokong, selain golongan profesional dan juga Ahli Parlimen dari Sabah serta Sarawak. PAS menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk menilai, tetapi tentulah akan mengambil kira jumlah kerusi parti komponen dalam PN. Walaupun jumlah kerusi kalangan bukan Islam sedikit, tetapi kita perlu mengambil kira sokongan mereka kepada Perdana Menteri,” katanya.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *