Sejarah berulang: PAS pernah gabung bentuk Kerajaan Persekutuan

Tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memberi laluan kepada Perikatan Nasional yang terdiri daripada parti Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Gagasan Sejahtera dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) untuk memerintah bermula 1 Mac 2020.

PAS telah bergabung dengan UMNO terlebih dahulu sebagai Muafakat Nasional sebelum mereka kemudian bergabung dengan parti lain membentuk Perikatan Nasional yang kini memerintah kerajaan Malaysia.

Sebagai pengetahuan, 1 Mac 2020 menjadi sejarah baharu buat PAS apabila buat kali keduanya menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan Malaysia.

Kali kedua? Ya, ini merupakan kali kedua PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Sebenarnya PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan buat kali pertama pada 28 Disember 1972 dalam kerajaan Campuran bersama Perikatan. 48 tahun yang lalu.

Menariknya ketika itu PAS mempunyai 12 orang ahli Parlimen masuk dalam kerajaan persekutuan bagi menstabilkan suasana politik negara yang terancam akibat rusuhan 13 Mei 1969.

Kemudiannya hubungan yang baik antara PAS dan Perikatan telah membuahkan satu gabungan politik yang baharu, iaitu Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1 Jun 1974.

Manakala, pada tahun 2020 ini pula, PAS dengan kekuatan 18 orang ahli Parlimen masuk bersama kerajaan persekutuan bagi menoktahkan kemelut politik yang berpanjangan akibat perpecahan kerajaan Pakatan Harapan.

Kita masih belum tahu apa nama gabungan ini, ada yang mengatakan ianya dinamakan sebagai Perikatan Nasional. Apapun namanya, yang lebih utama pembangunan negara mesti diteruskan.

Dua kali PAS bersama kerajaan persekutuan adalah untuk menyelamatkan negara terutamanya daripada suasana politik yang tidak baik (Ancaman perpecahan kaum 16 Mei dan Ancaman Perpecahan Pakatan Harapan/DAP).

Semoga perjalanan PAS dalam Kerajaan Persekutuan buat kali kedua ini mampu memberikan impak yang baik sebagaimana PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan buat kali pertama dahulu.

Melihat sejarah yang lepas, kita yakin PAS tetap istiqamah membawa agenda Islam dalam pentadbiran bersama kerajaan persekutuan pada masa ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *