Tun Mahathir mohon maf, mengaku silap strategi

“Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.

“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan. “Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam semalam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr. Mahathir juga mendedahkan pengkhianatan yang didakwanya telah dilakukan oleh Muhyiddin. Pengkhianatan tersebut katanya, menyebabkan Muhyiddin berjaya dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak bersetuju (untuk bekerjasama dengan UMNO), andalah kena bertanding. (Tetapi) tidak lama selepas menzahirkan kesetiaan beliau kepada saya (beliau kemudiannya khianat).

“Beliau sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri (Muhyiddin bertindak bekerjasama dengan UMNO dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri).

“Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh. Inilah karakter sebenar beliau,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.

Jelasnya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.

“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya. Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya lagi.



Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *