Perdana Menteri mengangkat sumpah dibalik persoalan legitimasi

Bekas Menteri Dalam Negeri telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Ahad, di tengah-tengah persoalan berhubung kesahihan dan bantahannya daripada bekas pemimpin negara itu, Mahathir Mohamad, 94, yang kehilangan pertempuran untuk kuasa.

Pelantikan Muhyiddin Yassin yang disokong oleh parti yang dikuasai oleh majoriti kaum Melayu di negara ini, mungkin menyebabkan kebimbangan di kalangan masyarakat minoriti.

Muhyiddin dinamakan sebagai perdana menteri selepas berlaku kekacauan politik selama seminggu di mana pakatan pemerintah kalah, rakan persepakatan berpaling tadah dan kem-kem dari pihak pembangkang bergegas untuk melakukan urusan dari ‘pintu belakang’. Muhyiddin dinamakan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, yang sebelum ini Agong telah berkenan untuk menemubual secara peribadi dengan kesemua 222 Ahli Parlimen bagi mencari jalan keluar dari krisis ini.

Mahathir, sebelum ini merupakan pemimpin tertua di dunia, menyifatkan pelantikan Muhyiddin sebagai tidak tepat dan berkata pihak istana itu enggan menemui dan mendengarnya.

“Kita akan melihat beliau sebagai seorang yang tidak mempunyai sokongan majoriti menjadi perdana menteri,” katanya.

Muhyiddin bergantung kepada sokongan Umno, sebuah parti yang terperosok dalam skandal rasuah, serta PAS, parti Islam fundamentalis yang menyokong undang-undang Islam yang ketat. Pelantikannya menyusul ketidakpuasan yang semakin meningkat di kalangan ramai dalam majoriti Melayu, yang menuduh pakatan pemerintah sebelum ini hanya memberi kepentingan terhadap kaum Cina.

Kira-kira 60% daripada penduduk Malaysia adalah kaum Melayu beragama Islam, disamping itu negara juga mempunyai komuniti etnik Cina dan India yang besar. Dalam dekad-dekad terdahulu ketika Mahathir berkuasa, beliau lebih mengutamakan kepentingan Melayu, tetapi gabungan yang dibentuknya dengan pesaingnya yang lebih liberal, Anwar Ibrahim pada tahun 2018 melihatkan kepelbagaiannya yang belum pernah terjadi. Kerajaan di bawah Muhyiddin dijangka memperlihatkan lebih ramai orang Melayu kembali ke jawatan penting dan lebih konservatif dari segi agama.

Walaupun begitu, perjuangan kuasa mungkin akan berlarutan. Mahathir dilihat tidak akan menunjukkan keyakinan beliau terhadap Muhyiddin di parlimen.

“Bagi Mahathir, ia belum berakhir. Mahathir sebagai ahli politik tidak pernah meninggalkan politik, walaupun menyatakan persaraan. Pembangkang akan terus mengerahkan,” kata Bridget Welsh, seorang penyelidik kehormat di Institut Penyelidikan Asia Malaysia University of Nottingham.

Sebagai perdana menteri, Muhyiddin mempunyai kuasa untuk menyingkirkan jawatan kabinet dan mempunyai kelebihan dalam memenangi sokongan daripada Ahli Parlimen. Tetapi kerajaannya masih rapuh dan dia akan menghadapi pertempuran sukar untuk membuktikan legitimasinya sebagai pemimpin, tambah Welsh.

Kemelut politik bermula pada hari Isnin ketika Mahathir tanpa disangka-sangka meletak jawatan sebagai perdana menteri, menyebabkan kerajaan bubar.

Peletakan jawatannya diikuti gerakan oleh beberapa pihak yang cuba keluar daripada pakatan memerintah untuk membentuk kerajaan baru. Gabungan itu telah lama dipenuhi dengan ketegangan dan melibatkan persengketaan antara Mahathir dan Anwar. Anwar pernah dipenjara kerana tuduhan meliwat di bawah Mahathir tetapi kedua-dua bersatu sebelum pilihan raya 2018 untuk menggulingkan kerajaan Najib Razak, yang diliputi dalam saga rasuah 1MDB – sering disebut sebagai kes penipuan kewangan terbesar di dunia.

Anwar sepatutnya individu yang akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri, tetapi Mahathir enggan menetapkan tarikh untuk berbuat demikian dan penyokongnya telah berusaha menghalang penyerahan.

Hanya beberapa jam selepas meletak jawatan pada hari Isnin, Mahathir dilantik oleh raja sebagai perdana menteri interim, dan dijangka mempunyai peluang untuk menaruhkan tawaran kuasa beliau. Tetapi puak pesaing berlumba-lumba membuktikan kepada Agong bahawa mereka mempunyai sokongan yang cukup dari anggota parlimen, dan pada hari Sabtu Muhyiddin dinamakan perdana menteri.

Dalam satu kenyataan, pihak istana berkata proses melantik pemimpin tidak boleh ditangguhkan kerana negara memerlukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Ada yang mengalu-alukan pelantikan itu dan berharap hanya untuk mengakhiri pergolakan politik, kata Welsh, tetapi dia menambah bahawa ia akan menyebabkan kebimbangan yang mendalam di pihak lain.

“Mereka telah mengembalikan kuasa kepada orang yang ditolak. Ironinya ini telah dilakukan oleh seseorang yang dipecat (dari Umno) dan kini telah kembali ke lipatan parti itu,” tambahnya.

Muhyiddin, 72, adalah ahli Umno selama beberapa dekad dan merupakan timbalan perdana menteri dalam kerajaan Najib. Najib memecatnya selepas dia mempersoalkan dakwaan pengawal perdana sekitar skandal 1MDB. Dengan Muhyiddin bergantung kepada sokongan daripada bekas rejim itu, ada pertanyaan mengenai sama ada mereka yang terlibat dalam saga akan dipertanggungjawabkan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *