Proses pemilihan Perdana Menteri oleh Yang Di-Pertuan Agong menurut Perlembagaan Persekutuan

  • By Wendy. V
  • February 28, 2020
  • 0
  • 85 Views

Kemelut berkaitan politik Malaysia, semakin hari semakin memeningkan kepala terutama kepada rakyat yang kurang berpengetahuan seperti saya. Ia menjadi begitu rumit dan penuh dengan drama sejak adanya percubaan pihak tertentu untuk ‘menumbangkan’ kerajaan sedia-ada.

Ia menjadi bertambah pening apabila Tun Mahathir, Perdana Menteri ke-7 meletak jawatan secara mengejut tanpa disangka oleh ramai pihak. Saya sendiri pun terkejut dengan apa yang berlaku.

Akibat daripada segala drama yang berlaku dalam arena politik Malaysia ini, rakyat Malaysia mula makin celik dalam perihal politik terutama berkaitan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Salah satu yang menarik minat ramai ialah bagaimana proses pemilihan seorang Perdana Menteri Malaysia itu dilakukan mengikut Perlembagaan Perseketuan di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Sesuatu yang ironik apabila sedikit masa dahulu ada yang mempersoalkan kepentingan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Ramai yang menganggap Yang di-Pertuan Agong tiada fungsi yang jelas dalam sesebuah kerajaan.

Sekarang, apabila kemelut politik Malaysia menjadi kucar-kacir kerana tiadanya sebarang petunjuk jelas mengenai siapa yang berkelayakan menjadi ketua kerajaan, ramai yang mengakui dan mahukan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan segala isu dan masalah yang timbul.

Fungsi dan peranan Agong diperakui oleh rakyat jelata terutama mereka yang sebelum ini kurang faham mengenainya. Dalam situasi sekarang, tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimana proses pemilihan seorang ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri itu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Berikut adalah proses pemilihan Perdana Menteri di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan:

Perkara 32(1) Perlu Ada Seorang Ketua Utama Negara Bagi Persekutuan

Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 39 Kuasa Eksekutif Persekutuan

Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 41 Pemerintah Tertinggi

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

1. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(i) melantik seorang Perdana Menteri;

(ii) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan

2. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *