Cubaan Mahathir hapuskan politik perkauman di Malaysia

  • By Wendy. V
  • February 28, 2020
  • 0
  • 72 Views

Dengan pergolakan politik semasa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini, Tun Mahathir mendedahkan sendiri bahawa beliau bercadang untuk memimpin kerajaan perpaduan dengan menjemput ahli parlimen dari seluruh parti pembangkang untuk menyertai beliau.

Tun Mahathir sendiri mencadangkan idea non-parti dan gabungan besar, satu langkah yang akan melihat negara ditadbir oleh kerajaan perpaduan non-parti tanpa entiti politik.

Jika anda fikir tentang perkara ini, bukankah ini apa yang sebenarnya rakyat Malaysia inginkan? Sebuah kerajaan di mana menteri-menteri yang dipilih terdiri daripada wakil yang benar-benar berkaliber dan mahir dalam jawatan yang diberikan kepada mereka, dan yang paling penting mempunyai jiwa untuk rakyat, dan bukan untuk kepentingan parti.

Malaysia sentiasa dilumpuhkan oleh politik perkauman, dengan PAS dan DAP sentiasa berperang. Lihat sahaja media sosial dan anda akan lihat komen-komen cacian dari orang Melayu muslim menggelar orang Cina Malaysia dengan panggilan “babi”, “tamak”, sementara yang dicaci agak sukar untuk melawan balik, oleh kerana majoriti “keyboard warriors” ini selalunya melebihi daripada bilangan mereka.

“Kad perkauman” selalu menjadi senjata utama yang digunakan oleh UMNO untuk mendapatkan “majoriti” di Malaysia, iaitu kaum Bumiputera Melayu – dengan peratusan 69.1% daripada 32 juta penduduk di Malaysia, berbanding hanya 23% adalah orang Cina. Fikir sejenak tentang perkara itu.

Mahathir mungkin hanya mengorak langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini – mewujudkan kerajaan yang menghapuskan semua perkauman politik dan membenarkan negara itu dimodelkan untuk ditadbir sepenuhnya demi rakyat dan oleh rakyat. Walaupun pada usia kini 94 tahun (95, tahun ini), dia masih membuat kejutan tanpa penganalisis politik dapat meramalkannya.

Mahathir juga nampaknya tidak menjadi “villain” dalam senario ini. Beliau tidak akan kehilangan apa-apa – dia masih mempunyai penyokong kuat atas pemodenan dan kemajuan yang telah dibawanya di Malaysia, tidak ada yang dapat melupakan dan juga menafikan sumbangan yang dilakukan oleh beliau, terutama sekali selaraskan pendirian untuk bekerjasama dengan bekas musuhnya (Anwar Ibrahim) bagi menjatuhkan Najib dan geng beliau dari parti beliau sendiri sebelum ini (UMNO).

Mahathir, saya memetik satu quote Jonathan Nolan dari filem “The Dark Knight” merupakan “wira Malaysia yang selayaknya, tetapi bukan yang diperlukan buat masa sekarang.”

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *