UMNO nafi cadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

  • By Wendy. V
  • February 27, 2020
  • 0
  • 63 Views

UMNO menafikan laporan kononnya parti itu dan PAS telah bersetuju menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini berkata, laporan yang disiarkan sebuah akhbar berhubung perkara itu adalah tidak benar.

“UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.

Kenyataan media UMNO Malaysia

“Sebarang kenyataan rasmi hanya dikeluarkan oleh Presiden atau Setiausaha Agung UMNO,” demikian katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar memetik yang Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, mendakwa semua Ahli Parlimen PAS-UMNO telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri.

Sebelum ini, Annuar menegaskan Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meminta agar Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik di negara ini.

Namun begitu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menyatakan Pakatan Harapan mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan dengan gabungan yang dimiliki ketika ini.

Katanya, jumlah yang dimiliki PH setakat ini cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah meskipun tidak mencecah dua pertiga.

Tambahnya, tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *