Sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan

  • By Wendy. V
  • February 27, 2020
  • 0
  • 75 Views

Malaysia telah memasuki episod politik yang agak mengelirukan sekarang ini. Jika pilihan raya yang lepas menyaksikan pertembungan tiga penjuru, status politik kali ini jauh lebih teruk.

Kepenjuruan bertiga sekarang ini menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Gagasan Kesatuan (gabungan pro-Mahathir) dan Muafakat Nasional (MN). Sehingga hari ini, tiada gabungan membentuk majoriti mudah.

Sementara rakyat puas mengherdik PH telah membuka kota Pandora dalam pilihan raya lepas, negara memerlukan solusi dengan segera. Amanah tersebut berada pada bahu Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Puak konservatif dan liberal menahas nafas dengan penantian penuh kesabaran untuk kebijaksanaan keputusan YDPA.

Dengan ramadhan yang semakin menghampiri, baginda tahu keputusan perlu dibuat dengan kadar segera. Inilah dikatakan a precarious situation with an insidious dilemma.

Bagaikan meniti di atas mata pedang – untuk berjalan pun tidak boleh, untuk terjun lagi lah sukar.

Andainya baginda memilih untuk membubarkan Dewan Rakyat, tentu sekali parti-parti berkait akan menyokong. Dr Mahathir juga perlu akur dan menggugurkan kuasa yang menurutnya suatu alat untuk mencapai objektif.

Oleh itu, pilihan raya perlu diadakan, dimenangkan dan dibentukkan kerajaan. Bukan jalan mudah, tapi perlu dilaksanakan.

Suatu gerombolan besar dalam kalangan minoriti Cina dan India mengecam sekeras-kerasnya Langkah Sheraton. Lebih merumitkan, Dr Mahathir pun dilihat tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Tetapi dengan sokongan daripada DAP, beliau dengan sah mendapat majoriti besar dalam kalangan Cina dan India.

Sementara itu, Melayu pula menghadapi masalah. Jumlah pengundi boleh cecah 22.7 juta pada tahun 2023. Dan lebih daripada 4 juta dalam kalangan Melayu sudah pastinya tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Ini ialah suatu masalah yang begitu besar untuk bangsa Melayu. Tanpa jumlah pengundi (belum dikira lagi dengan tidak datang mengundi atau undi rosak), Melayu barangkali dinafikan dominasi populasinya. Jadi peluang untuk Muafakat Nasional dan Gagasan Kesatuan semestinya tipis.

Walaupun ramai mengatakan Muafakat Nasional boleh menang, keyakinan sebgitu yang menyebabkan kekalahan pada PRU-14. Entah-entah, apa yang berlaku hanyalah kelantangan daripada penyokong sedia ada atas semangat pembangkang.

Jadi bayangkanlah Dewan Rakyat dibubarkan dan keadaan semasa berkekalan. Takkan perlu pilihan raya lagi?

Bagi yang menafikan kebarangkalian ini, mereka perlu sedar suatu benda: tiada jaminan dalam politik. Sementara Malaysia mengharungi isu ini, Israel sudah hampir setahun tanpa kerajaan bermandat sah.

Sudah jadi suatu kebiasaan untuk Likud tidak memenangi majoriti mudah. Mereka perlu membentuk kerajaan daripada parti-parti minoriti yang menyokong Netanyahu.

Tetapi tiada parti yang rela menyokong beliau. Maka dilangsungkan suatu pilihan raya pada September 2019 dimana LIkud kehilangan majoriti terbesar pada tangan Kahol Lavan (Benny Gantz). Tetapi, tidak juga membentuk kerajaan.

Pilihan raya 2 Mac ini pun ada jangkaan perkara sama berulangan. Mungkin rakyat Israel akan mengagihkan sokongan tiga penjuru kepada Kahol Lavan, Likud dan Qaimah al-Mushtarakah sahaja.

Jadi bayangkan jika senario sama berlaku di Malaysia. Dr Mahathir jika masih mendapat sokongan kental boleh merangkul 60 kerusi lagi. Barisan konservatif juga berasa terguris apabila Muafakat Nasional cuba membentuk kerajaan semasa Langkah Sheraton masih samar-samar. Dan golongan liberal sudah sedia maklum bersatu bersama Anwar Ibrahim, dengan tiada Dr Mahathir.

Untuk mengelakkan pilihan raya lagi, kerajaan terbentuk perlulah dalam minoriti. Sebuah kerajaan minoriti ditubuhkan oleh sokongan dua gabungan parti berbeza.

Misalnya jika Muafakat Nasional berundur daripada pemerintahannya untuk membubarkan Dewan Rakyat, mereka berhak memberikan sokongan sama ada kepada Gagasan Kesatuan atau Pakatan Harapan.

Berkemungkinan besar, Gagasan Kesatuan akan disokongnya atas kewujudan tikus politik iaitu DAP dalam Pakatan Harapan.

Senario ini semestinya takkan berlaku. Soalannya mudah. Kenapa Muafakat Nasional perlu sokong Gagasan Kesatuan atau sebaliknya? Sememangnya sokongan sebegini wajib jaminkan penguasaan kementerian.

Jika perdana menteri dilantik dalam kalangan Dr Mahathir, Azmin Ali dan Hishammudin Hussein sekalipun, tentu sekali perbincangan jemaah menteri akan rumit.

Itu pun jika Anwar Ibrahim tidak berjaya merangkul 111 kerusi, sekaligus senario tersebut membuatkan PH tidak lagi kerajaan sepenggal.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *