Kit Siang: Tiada kerajaan perpaduan boleh didirikan atas pengkhianatan

  • By Wendy. V
  • February 27, 2020
  • 0
  • 71 Views

Idea kerajaan perpaduan di Malaysia hanya boleh direalisasikan dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai asasnya, kata pemimpin berpengaruh DAP, Lim Kit Siang.

Kemudian, kata anggota parlimen Iskandar Puteri barulah parti-parti lain diyakinkan untuk bekerjasama.

“Walaupun idea penubuhan sebuah kerajaan perpaduan itu menarik dan layak menerima pertimbangan oleh semua rakyat Malaysia yang rasional, terdapat satu perkara yang kekal jelas – tidak ada kerajaan perpaduan yang boleh ditubuhkan dengan berasaskan pengkhianatan, penipuan, rasuah, pengabaian mandat rakyat atau perpecahan perpaduan negara,” katanya.

Perdana Menteri interim, Dr Mahathir Mohamad petang semalam berkata akan membentuk pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Dr Mahathir berkata dalam perutusan khas, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dalam kerajaan yang hanya akan mengutamakan kepentingan negara.

Mahathir tidak menghuraikan lanjut ideanya itu tetapi sumber-sumber memberitahu Reuters bahawa beliau mencadangkan kerajaan perpaduan dan telah menjemput ahli parlimen pelbagai parti untuk turut serta.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata cubaan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan memusnahkan PH adalah tidak bijak dan tidak berpandangan jauh.

Beliau menegaskan tidak ada sesiapa pun yang menolak idea kerajaan perpaduan. Walau bagaimanapun, tugas yang paling utama sekarang adalah untuk mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *