Istana Johor umum kerajaan gabungan baru

  • By Wendy. V
  • February 27, 2020
  • 0
  • 82 Views

Istana Johor hari ini mengisytiharkan UMNO dan PPBM Johor mewujudkan gabungan baru dan memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Istana Johor membuat pengumuman itu selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berpuas hati gabungan Umno-PPBM di Johor mempunyai majoriti cukup, dengan 28 ahli Dewan Undangan Negeri memilih gabungan baru berbanding 26 memilih Pakatan Harapan.

“Oleh yang demikian, gabungan parti baru berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum susunan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik.

“Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan negeri segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Johor berkata, keputusan itu dibuat selepas Sultan Ibrahim secara peribadi menemubual setiap seorang wakil rakyat bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan untuk membentuk kerajaan baru.

“Wawancara itu disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Wakil-wakil diminta menandatangani akuan berkanun untuk mengisytiharkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong Pakatan Harapan atau gabungan baru.

Daripada 56 wakil yang dipanggil untuk temubual itu, dua orang tidak hadir, iaitu Simpang Jeram dan Puteri Wangsa.

Datuk Seri Salahuddin Ayub dari Parti Amanah Negara adalah wakil rakyat Simpang Jeram manakala wakil rakyat Puteri Wangsa ialah Mazlan Bujang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *