Mahathir Mohamad: Belum tiba masanya untuk letak jawatan

  • By Wendy. V
  • February 26, 2020
  • 0
  • 95 Views


Perdana Menteri interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebentar tadi, bahawa masa untuk beliau turun sebagai perdana menteri belum masanya lagi.

Dalam satu akhbar yang disiarkan, dia berkata keputusan beliau untuk meletakkan jawatan ialah memberi peluang kepada Ahli Parlimen untuk memutuskan siapa yang menyokong beliau.

“Jika benar saya masih mendapat sokongan, saya akan kembali. Sekiranya tidak, saya akan menerima sesiapa saja yang telah dipilih,” katanya.

“Peluang untuk mengubah kepimpinan memang ada. Tetapi saya rasa, kerana saya mempunyai sokongan di kedua-dua belah pihak, masa untuk saya turun belum masanya lagi.”

“Pada pendapat saya, politik dan parti perlu diketepikan buat masa ini. Sekiranya dibenarkan, saya akan memilih cara mentadbir yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya kepentingan negara akan diberi keutamaan.” beliau menambah.

Dr Mahathir mengemukakan peletakan jawatan pada Isnin, 24 Feb.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan beliau pada hari yang sama, dan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim. Sementara itu, semua menteri dilepaskan dari jawatan mereka.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *