Kesemua ADUN BN, PAS sokong bentuk kerajaan baharu di Johor

  • By Wendy. V
  • February 25, 2020
  • 0
  • 65 Views

Kesemua 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan PAS di Johor sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu di negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, beliau juga yakin kesemua 11 ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga akan bersetuju untuk menandatangani SD tersebut.

“Selain itu, kita juga mendapat sokongan daripada lima lagi ADUN daripada PKR dan Amanah dan yakin mereka juga akan memberi sokongan dan menandatangani SD itu,” katanya selepas mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini.

Hasni yang juga Pengerusi BN negeri berkata, lima ADUN tersebut masing-masing terdiri daripada tiga PKR dan dua Amanah.

Pada masa sama, tambahnya, BN Johor sudah memberi mandat kepada beliau untuk mengadakan perbincangan dengan Bersatu , PKR dan Amanah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“Sebaik sahaja SD sudah ada pada saya dah ada BN dan Pas, Bersatu sedang buat SD dan lagi lima tu sedang diusahakan, kita yakin dengan usaha itu berdasarkan perkembangan di peringkat pusat.

“Saya telah gambarkan bahawa hasrat dan harapan terhadap gabungan ini, kita perlu bentuk kerajaan kerana tak guna buat janji untuk jaminan sebagainya tetapi lebih kepada soal Johor perlu ada sebuah kerajaan, satu kerajaan yang stabil,” katanya.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga ADUN Benut memberitahu, Hasni akan memohon menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selewat-lewatnya Jumaat.


Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *