Mahathir Mohamad: Perdana Menteri Malaysia letak jawatan secara mengejut

  • By Wendy. V
  • February 24, 2020
  • 0
  • 105 Views

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 94, telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan secara mengejut oleh Mahathir tiba sewaktu khabar angin mengatakan bahawa beliau boleh membentuk gabungan baharu tanpa pengganti yang sepatutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, pada usia beliau 92 ketika itu mula berkuasa pada tahun 2018.

Dalam kemenangan yang mengejutkan, beliau menggulingkan bekas perdana menteri, Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal berjuta-juta dolar membabitkan dana kerajaan, 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, surat peletakan jawatan itu dikemukakan pada jam 1:00 tengah hari tadi. Tiada butiran lain dimasukkan ke dalam kenyataan itu.

Ianya masih belum jelas lagi siapa yang bakal menjadi perdana menteri seterusnya – atau undian baru akan dibuat.

Lebih mengejutkan, Mahathir juga turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bersatu telah menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang sewaktu berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, yang disertai oleh Mahathir bersama-sama dengan Anwar pada tahun 2018.

Pada Ahad lalu, Anwar menuduh Tun Mahathir dan partinya sebagai “pengkhianat”, mengatakan mereka mempunyai rancangan untuk membentuk kerajaan baru, tanpa beliau ikut serta.

Tetapi, Tun Mahathir telah mengemukakan peletakan jawatannya pada Isnin.

Walaupun demikian, koresponden BBC Asia Tenggara, Jonathan Head berkata, Tun Mahathir mungkin masih belum bersedia untuk melepaskan jawatannya.

“Pada umur 94 tahun, Mahathir Mohamad masih diakui ketua manipulasi (master of manipulator) politik Malaysia, dan sesetengah orang percaya bahawa beliau bersedia untuk melepaskan jawatan, meskipun tawaran peletakan jawatan oleh beliau hanya dihantar kepada Raja Berperlembagaan Negara,” katanya.

“Berkemungkinan, Tun Mahathir mungkin akan masih menjadi perdana menteri.”

Perselisihan ‘on-again-off’ di antara Anwar dan Mahathir telah menguasai politik Malaysia selama beberapa dekad.

Mahathir adalah Perdana Menteri dari tahun 1981 sehingga 2003, dan merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN), parti yang berkuasa paling lama.

Sementara itu, Anwar adalah timbalannya tetapi hubungan mereka menjadi keruh apabila Anwar dipecat pada tahun 1998 selepas terjadinya pertikaian kepimpinan.

Dia kemudian dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat, yang dianggap bermotivasi politik.

Tetapi pada tahun 2018, Mahathir mengejutkan negara apabila beliau mengumumkan bahawa beliau bekerjasama dengan Encik Anwar dan menyertai Pakatan Harapan.

Beliau berkata, beliau berbuat demikian untuk menggulingkan kerajaan Najib, yang telah terlibat dalam skandal rasuah 1MDB.

Pakatan antara Mahathir dan Anwar menang – dan Mahathir bersetuju untuk akhirnya menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Tetapi Mahathir berulang kali enggan mengatakan tarikh dia akan memindahkan kuasanya – mencetuskan ketegangan yang memicu dalam pakatan pembangkang.


Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *