Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

  • By Wendy. V
  • February 24, 2020
  • 0
  • 79 Views

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan, hari ini.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas diadakan pada 23 Februari lalu.

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.

“Semua mereka menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

Sebelum ini, dakwaan parti BERSATU keluar daripada PH disangkal oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), semasa mesyuarat Majlis Presiden PH, jumaat lalu.

Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai satu fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada BERSATU.

“Tidak ada mana-mana pemimpin BERSATU ugut untuk keluar PH, pihak yang keluar fitnah itu perlu berani dan tolong maklumkan siapa mereka ini,” kata Syed Saddiq ketika itu.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *