Maszlee Malik menang Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam

  • By Wendy. V
  • February 16, 2020
  • 0
  • 77 Views

Bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menang dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Simpang Renggam, yang berlangsung semalam.

Maszlee menewaskan Ketua Penaja BERSATU Bahagian Simpang Renggam, Ahmad Ahem, 62, dalam saingan satu lawan satu yang berlangsung petang sehingga tengah malam tadi

Beliau memperoleh 211 undi berbanding pencabarnya, Ahmad Ahem dengan hanya 79 undi daripada keseluruhan 997 ahli parti.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dalam muat naik di akaun Facebooknya, berterima kasih kepada banyak pihak yang membantu ketika senang mahupun susah.

“Dengan izin Allah, kemenangan berpihak kepada kita. Terima kasih rakan dari Parlimen yang mendukung dan tidak akan sesekali dilupakan, rakan seperjuangan Parti BERSATU. Terima kasih kerana mengundi.

“Amanah dan tanggungjawab ini akan kita galas sebaik dan semampu yang mungkin. Bersama kita ‘merahkan’ Simpang Renggam, kuatkan parti dan sama-sama jadikan Johor kubu kuat BERSATU.

“Dari Simpang Renggam kita datang, kepada Simpang Renggam juga kita kembali berbakti. Jalan terus,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook itu, hari ini.

Pada 26 Januari lalu, Maszlee menyerahkan borang pencalonannya bagi pemilihan kepemimpinan BERSATU Bahagian Simpang Renggam.

Maszlee turut memaparkan poster gambarnya dengan menulis ‘jawatan’ Ketua Bahagian BERSATU Simpang Renggam.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *