Zuraida nafi terbabit dengan akuan sumpah sokong Tun M

  • By Wendy. V
  • February 14, 2020
  • 0
  • 90 Views

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terbabit dengan akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal ini.

Zuraida berkata beliau tidak mengetahui tentang kesahihan berita yang mendakwa sebanyak 138 ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan termasuk 26 ahli Parlimen daripada PKR menandatangani akaun sumpah berkenaan.

“Saya tidak ada kepastian mengenai kesahihan berita berkenaan. Saya tidak tahu berhubung SD, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Apapun, saya tidak terbabit dengan SD. Kalau benda lain banyaklah saya tandatangani, sekejap tadi baru tandatangani plak,” katanya berseloroh selepas merasmikan Pasar Siti Sarah, di sini, hari ini.

Kononnya dilaporkan seramai 138 Ahli Parlimen telah menandatangani SD bagi menyokong supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

Ia membabitkan 18 Ahli Parlimen PAS, 26 Ahli Parlimen PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 Ahli Parlimen UMNO dan 26 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *