Dakwaan akuan sumpah sokong PM hanya khabar angin, Saifuddin Nasution

  • By Wendy. V
  • February 13, 2020
  • 0
  • 128 Views

Dakwaan terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri hingga tamat penggal adalah khabar angin, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

“Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan),” katanya yang juga menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli Parlimen dari Umno, PAS, PPBM selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Saifuddin berkata: “Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin.”

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *