Perbicaraan kes rogol membabitkan Exco Perak ditangguh

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 82 Views
Paul Yong Choo

Perbicaraan kes rogol membabitkan seorang Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong ditangguhkan sekali lagi, sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.

Perbicaraan ditangguhkan berhubung permohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norashima Khalid membenarkan penangguhan itu hari ini, namun memerintahkan perbicaraan diteruskan seperti yang ditetapkan sehingga menerima arahan lanjut berhubung keputusan rayuan itu.

“Perbicaraan pada esok dan seterusnya masih dikekalkan mengikut keputusan atau arahan lanjut dari Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Paul Yong Choo, berusia 50 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dakwaan merogol pembantu rumahnya. Perbuatannya itu berlaku di sebuah rumah di Meru Desa Park, di antara 8.15 malam dengan 9.15 malam, pada 7 Julai.

Paul Yong Choo ialah Exco Perumahan, Kerajaan tempatan, pengangkutan awam, Hal Ehwal bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *