Pakatan Nasional boleh timbulkan permusuhan – Lim Guan Eng

  • By Wendy. V
  • February 10, 2020
  • 0
  • 147 Views

Penubuhan kerajaan “pintu belakang” Pakatan Nasional yang dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH), akan wujudkan bahaya kepada corak hidup rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN) menerusi Pakatan Nasional akan didominasi oleh orang Islam dalam Kerajaan Persekutuan, sekali gus memberi ancaman permusuhan kepada bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi.

“PH adalah satu-satunya gabungan yang mewakili semua rakyat Malaysia dan tegas menolak perkauman dan ekstremis agama yang cuba mendapatkan semula kuasa mereka yang hilang sebelum ini disebabkan rasuah dan salah urus ekonomi, dengan menyasarkan bukan Melayu dan bukan Islam.”

“PH mahu kesejahteraan bersama inklusif, tidak eksklusif kepada hanya satu kumpulan,” jelas Lim Guan Eng lagi.

Lim Guan Eng berkata, sikap bersederhana membolehkan rakyat kukuh bersama dengan bekerja dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Sudah tiba masanya bukan hanya bagi bukan Melayu dan bukan Islam tetapi seluruh rakyat Malaysia bangun untuk bersederhana berasaskan demokrasi, kedaulatan undang-undang, prestasi dan integriti yang menghormati dan melindungi rakyat, tanpa mengira kaum, agama, geografi dan demografi.”

Sebelum ini, wujud desas-desus kononnya bakal wujud kerjasama baharu politik dinamakan Pakatan Nasional membabitkan parti pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama UMNO dan PAS.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *