Tindakan undang-undang boleh di kenakan jikalau golongan berisiko di bawa ke tempat awam

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil yang melibatkan covid19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mana-mana individu membawa golongan berisiko dalam jangkitan wabak COVID-19 membabitkan kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam tanpa sebarang keperluan, mungkin akan berdepan tindakan undang-undang.

Bealiau berkata berkata individu terbabit boleh disaman atau didakwa mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pendirian Kementerian Kesihatan ialah memberi nasihat kepada semua pihak supaya tidak membawa golongan berisiko ke tempat awam, termasuk pasar raya dan hospital.

“Perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jangan membawa mereka (golongan berisiko) ke tempat awam, termasuk pasar raya dan hospital, melainkan jika ada temu janji.

“Sekarang, kita memberi nasihat dan mungkin akan mengambil tindakan bawah Akta 342 yang boleh disaman atau dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *